Rabu, 15 Mei 2013

Gwiyomi Korea

Lagu Si Comel, atau Lagu Gwiyomi/Kwiyomi (귀요미 송), merupakan lagu solo K-pop oleh penyanyi Hari dari Korea Selatan dan dilancarkan 18 Februari 2013. Diilhamkan daripada gerakan seorang ahli kumpulan lelaki Korea Selatan, BtoB bernama Jung Ilhoon. Gerakan ini yang dipanggil Gwiyomi Player (귀요미 플레이어), menjadi meme Internet pada Oktober 2012 dan muncul julung kali dalam rancangan aneka ragam Korea Selatan MTV Diary di saluran SBS MTV. Gerakan ini juga telah memberi ilham kepada kebanyakan warga Asia untuk memuat naik versi mereka sendiri ke internet.

Latar belakang

Meme Internet ini berasal daripada Jung Ilhoon, seorang ahli band lelaki BToB dari Korea Selatan yang mencipta satu siri pergerakan tangan comel atau sekadar 'mengira nombor dengan lagak comel' dipanggil Gwiyomi Player ('Pemain Si Comel' dalam Bahasa Melayu). Ilhoon menunjukkan gerak tangan tersebut dalam rancangan realiti BToB iaitu MTV Diary episod ke-24 yang bersiaran pada 2012.
Gerak isyarat ini menjadi popular selepas Ilhoon muncul di "Weekly Idol", sebuah rancangan aneka ragam Korea Selatan. Rancangan tersebut menampilkan segmen mini digelar "Tempur Lagak Comel" dengan beberapa idola mempersembahkan pelbagai kelainan gerak isyarat Gwiyomi.

Pengistilahan

Menurut The Bangkok Post, "Gwiyomi" atau "Kiyomi" adalah slanga Korea yang digunakan untuk merujuk kepada seseorang yang comel.[1] Manakala senikatanya boleh ditafsirkan kepada "1 + 1 = Si comel, 2 + 2 = Si comel", dan seterusnya.[1]
Gwiyomi (귀요미) adalah berdasarkan kata sifat "gwiyeo-eun" (귀여운) yang bermaksud comel. Gwiyeo merangkumi maksud kecomelan, dan "-eun" adalah satu bentuk pentasrifan diubah bagi setiap penggunaan yang diingini, diakhiri dengan kata sifat "-mi" (-미) untuk menjelmakan kata sifat tersebut, lalu berubah menjadi kata nama. Oleh itu, "gwiyomi" bermaksud orang yang comel atau si comel.

Penyebaran

Gelombang Korea, atau Hallyu, merujuk kepada penyebaran budaya popular dan hiburan dari Korea Selatan ke tempat-tempat lain di dunia.

Korea Selatan (2012)

Selepas dipaparkan dalam rancangan Weekly Idol [2], para idola K-pop dari lain-lain band yang terkenal seperti Miss A, Girls' Generation, Infinite dan SISTAR juga mempamerkan isyarat gerak tangan "Gwiyomi Player".[3]
Selepas pelancaran lagu "Gwiyomi Song (귀요미 송)", Jung Ilhoon memuat naik video sadurannya mempersembahkan gerak tangan tersebut sambil menyanyi dengan seni kata versi tersendiri pada saluran Youtube label muziknya, Cube Entertainment.[4]
Ini memberikan ilham kepada ramai gadis remaja Korea Selatan untuk memuat naik Gwiyomi versi mereka sendiri ke internet.[5] Berdasarkan laman web K-pop, Soompi, kebanyakan video ini kemudiannya tersebar menerusi pelbagai laman web Korea Selatan.

Asia Tenggara (Mac 2013)

Kebanyakan "Gwiyomi Player" diulangcipta oleh gadis-gadis Asia Tenggara, rantau genre muzik K-pop mempunyai peminat yang ramai dan setia terutamanya di Thailand dan Filipina. Beberapa pelakon Thailand termasuk Nuengthida Sophon juga melakukan Gwiyomi versi mereka sendiri. Pada 26 Mac, The Bangkok Post menyifatkan lagu "Gwiyomi" sebagai sensasi web-viral terkini yang menyingkirkan "Gangnam Style" untuk menjadi kegilaan K-pop yang terbaharu.[1]
Awal April 2013, Pusat Maklumat Internet China (portal operasi web di bawah naungan Pejabat Maklumat Majlis Negeri China) melaporkan bahawa ramai pengguna internet China telah memuat naik versi "Gwiyomi" mereka sendiri.[6] Pada 2 April, satu rencana oleh sebuah akhbar serantau telah diulangterbit oleh Agensi Berita Xinhua (agensi berita rasmi China), mengalu-alukan "Gwiyomi" sebagai irama terkini Korea Selatan mengatasi keterkenalan "Gangnam Style".[7]
Fenomena Gwiyomi mula berarah ke beberapa buah negara lain di rantau ini, termasuk Malaysia, Singapura,[8] Hong Kong[9] dan Taiwan.[10]

(Sumber : http://ms.wikipedia.org/wiki/Gwiyomi)

3 komentar:

  1. Gwiyomi..gwiyomi... aku suka dengar lagunya, emang lucu ya.. apalagi yang nyanyi itu anak kecil Abigael (kalo gak salah namanya).

    well, aku komen di sini aja soalnya link yang kamu kasih ke aku itu gak bisa kebuka... not found gitu :)

    have a nice day!

    BalasHapus
  2. ehehe oke makasie cntik kunjungannya :)

    BalasHapus
  3. Artikel koreanya memang jempolan nih..
    Frend nih aku muncul lg hehehe mau minta komennya di artikel2 aku
    Disini: Toko Online seperti Social Media
    Disini: Hati-hati Dengan Liputan6.com!!

    dan Disini : Menurutku, Ganlob adalah...

    thanks ya :)

    BalasHapus